Hi Assalammualaikum!
So I nak share my experience pergi temu duga SPA untuk jawatan Pegawai Penerangan S41 di Jabatan Penerangan Malaysia. Since I stay Negeri Sembilan, so I pilih Seremban utk pusat temu duga. I dpt hari Selasa, ada 15 orang for that day and lusa nya ada 15 org lagi (rasanya lah) since Rabu cuti Hari Malaysia. Interview I pukul 9 tapi office kan buka pukul 8 so I gerak awal and sampai sana pukul 8 tp I rehat2 jap then I masuk around 8.20 am. Masa tu, I dpt no 4 sbb first come first serve basis and time tu orang kedua tengah interview. That time ada sorang calon lagi and borak2 dengan dia. Dia ckp, yg first calon interview masuk pukul 8.
Each interview around 20 minit jugak and no worries, sempoi2 je. Sebab pkp kot, so interview sorang2 dalam bilik, 2 orang panel and in bahasa. Salah sorangnya is bekas ketua Jakim Malaysia and sorang lagi I x sure tp muka dia familiar. Yg bekas ketua Jakim ni sangat2 soft spoken and lembut je cakap mcm bagi motivasi. And dia suka sebut nama penuh I. Also, dia lebih banyak tanya pendapat while sorang lagi more to check my file (banyak kali dia flip pages and check satu2 and before habis iv tu dia check lagi sekali) and then dia tanya soalan kbat which is ada jugak i goreng je haha yang penting kena yakin dan senyum. If nak bagi contoh, guna yang latest issue or something yang relatable. Tapi I perasan dia tengok I atas bawah like dia judge the way kita dress up, duduk, menjawab soalan and cara kita present ourself.
Note: Before masuk, ketuk pintu dulu and bagi salam. Before perkenalkan diri pun sama, bagi je salam dulu and then start with my name is...
From my experience, kalau dah tulis pukul 9 tu, datang lah sejam awal pun takpe or at least 30 min early. Dia tanya masa I interview sampai pukul berapa (thank god I dtg awal 40 min) and lama ke dari rumah ke situ. I masuk pukul 9 and habis pukul 9.20. That time ada calon kelima (dia sampai 10 min after i sampai) and calon keenam tgh daftar. First impression matter so please, please dtg awal.
Selain tu, cara pemakaian kita. Pakai je baju kurung then tudung tu sopan sikit. Macam I, dpt ex ketua Jakim haa nasib baik tudung labuh time tu and pakai stoking ahah! Oh yes, stoking. Sila pakai and jangan pendek sangat. Pakai je stoking panjang skin color and kasut formal hitam bertutup. I pakai flat 2 inches tapi bila jalan x bunyi. Name tag pun kena pakai biar nampak formal. I sarankan pakai jam tangan so nampak kita amik tahu pasal masa. Ada yg ckp better pakai jam besi tapi kalau xde, x perlu beli baru. Pakai je jam apa ada as long as tak mengarut lah. Jangan pulak kekonon nak be different, kau pergi pakai jam boboi boy haha itu tak dibuat orang ye!
Ladies, hand bag pakai yang simple but nice. Tak perlu terlalu stylish or fancy. Tudung pun please kemas kan. Kalau pakai shawl, jangan ikat belakang or trendy styles. Yang free hair, better ikat rambut so nampak kemas. Again, make it simple and sopan. Nampak classy bukan ootd. No accessories like gelang. No blazer if pakai baju kurung sbb pernah baca it's not proper. Makeup pulak x perlu tebal. I just apply a lil bit of foundation (make it looks natural) and loose powder. Lip balm colek sikit sbb i nak bibir nampak pinkish x terlalu dull. Perfume yg light2 and bau tak too strong. I sembur sikit je buat cukup syarat.
Before interview, I isi je myresume tu tapi urus setia tu ckp tak perlu. Takpe, for safety, isi je sbb dalam email ada bagitahu. I search jgk apa yang perlu kita buat like susunan file tu kan. I tak suka letak divider tu yg maklumat diri, sijil2 and bla bla sebab nampak tak cantik and mcm too scrap book. Ni pendapat i, lain orang lain pendapat nya. Sebab I baca, ada yg kena buang divider tu and susun sijil balik. Jadi satu masalah jgk kan. So I decide tak nak buat sbb before ni, pergi mana2 iv (swasta) pun x buat just susunan sijil tu bagi betul and menarik. Urus setia tu pun tak check file, just check salinan yg mana sijil2 rupanya tak perlu. Cover depan I buat tp bukan tampal kt cover file. Jangan lupa bawa salinan and make sure siap sah and siap klip with resume. Check kelayakan akademik MQA dan print. Letak dalam file and sertakan sekali with other salinan.
2 comments:
Assalamulaikum... Wow.. Menarik perkongsian sis.. Sy pun dpt tawaran jawatan ni tapi baru peringkat ujian psikometrik.. Sis, nak request, bole tak sis cerita mcm mna perjalanan nak dptkan jawatan ni? Lepas ujian psikometrik, apa lagi ujian yg ada? Thank u in advance.. 😊
Wah, bagusnya tips. Terima kasih sebab sudi kongsi.
btw, u lulus dan dapat tak jawatan ni?
Post a Comment