Showing posts with label fcm. Show all posts
Showing posts with label fcm. Show all posts

March 15, 2016

Advier Showcase (MMU)



Advier theme song: Here We Are
Written & Composed by: Raedin Royston Nadaraja






Selasa lepas (8th March 2016) was our degree showcase (FYP MAD Delta June 2016) so called ADVIER Showcase. The name ADVIER means struggle and challenge as that are what we are facing for the past 3 years (ayat speech aku sebenarnya). To be honest, mmg banyak dugaan dan cabaran nak handle event ni tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan paling best lecturers mmg puji gila sebab dia ckp event ni best (2 jam babe Madam Nana karaoke) and terserlah teamwork kitaorg. Dorang nampak kami sangat seronok buat event ni more than buat assignment haha! Oh btw lecturer puji gak logo cantik wuhuu bagus designer aku (cc: Razman Razali).  






Just so you know, I'm the director of the event and aku jugak lah yang kutip duit, buat surat, technician and bla bla hahaha takde lah. Certain things aku prefer handle sendiri plus aku tahu sangat budak teknikal mcm mana and sebelum jadi isu dan gaduh lagi dan sesi pujuk-memujuk lagi... 4 days before event (Jumaat), aku and Anis setup E-Gallery dengan Aima and Madam Nana. Kitaorg angkut easel (thank god Aima ada since aku dah cakap bdk teknikal aku mcm2 hal skit hek hek). Petang tu baru lah budak teknikal kesayangan muncul and tolong. Malam pergi tampal poster around campus (dugaan jgk sbb petang tu tak sihat sangat).








A day before event (Isnin) was the best! Seharian tak makan haha punya lah fokus dkt event. Selamat tak pengsan or gastric attack. Dengan berlari ke sana ke sini, naik turun lift dan obviously tak akan lupa part "fan girl over Razman" hahaha!








So, the day of event paling syok aaa! Sumpah best! Paling penting I berucap okay. And paling tak sangka aku dapat award Most Improve Student alongside with Aima and Amin (both are under my supervision kekononnya jgk lah 😂). Jujur, aku suka and bangga bila tengok yang lain pun seronok.  Everyone have fun and smiling! Terasa success nya event ni alhamdulillah. Okay, part bergambar ni aku mmg surrender. Dalam camera Yazlie mmg banyak gila my gambar like 85%? Hehe director camwhore lah katakan!






Dia macam banyak benda nak cerita tapi tetiba aku sedih sebab tak sangka dah habis weh majoring setelah 3 tahun struggle and lepas ni semua berpecah and I kind of miss ADVIER actually. Time postmortem aku paksa semua luah perasaan and aku hampir nak menangis tapi tahan. Kena jaga air muka nanti make up cair hehe. Tapi aku rasa terkejut, bangga dan terharu sbb Aima ucap thanks sebut nama aku, Anis and Izan! Terasa dihargai 😊 Last but not least, thank you guys for helping me throughout the event! And terima kasih sebab cipta lagu khas untuk Advier. Double terharu!













and yes... we are
MAD Students!
"An Epic Journey"






Advertisers | Designers





Last but not least, semoga ukhwah yang terjalin antara kita tak akan putus dan all the best guys for your future! Semoga kekal jodoh kita semua so boleh jumpa lagi next time! And tak lupa tolong doakan kejayaan dan kelulusan kami untuk fyp! (UPDATE 2020: alhamdulillah semua dah lulus haha)

August 06, 2015

MAD Potluck Raya

Hi assalammualaikum!
Apa khabar semua? Sihat? Syukur alhamdulillah dah selamat kita semua sebulan berpuasa dan berhari raya. So here it is: my raya story. Yeayyy rayaaaaa!




Okay. Last Tuesday (4th August 2015) ada potluck raya MAD FYP1 dan AD4. Semuanya bermula bila aku tanya madam, tak nak buat potluck raya ke and she said buat lah. So hari Jumaat last week aku arrange semua. Lastly, aku decide gabung je dgn junior and kami semua kumpul duit beli bucket KFC je. Isnin lepas madam confirmkan yg dorang lecturer support nasi himpit dgn rendang! Mantap.




Memang havoc habis. Madam puji, "good job Nana" *blushing* then madam ckp dia pun seronok sebab tak pernah dpt student yang rapat mcm kami like seriously kami terharu gila! Nampak semua bergembira dan madam ckp juga yang kitaorg mcm nak graduate je esok pasai semua haru-biru bergambar lupa assignment deadline dah dekat like alaaaaa enjoy je dulu hahaha! Overall, I'm very, very proud with myself sebab dapat jayakan potluck raya ni dengan success-nya! Alhamdulillah. 






Actually aku class rep dah 2 sem (ehem :p) so mestilah lah nak something memorable kan yang boleh buat aku nangis balik bila dah tua nanti rindu zaman belajar. So korang yang teringin nak amik advertising design dkt MMU tu come on grab the chance! Lecturer sempoi gila and sporting habis! Student MAD mostly mmg happening compare dgn majoring lain. Serious talk. Sebab bagi kami belajar, belajar jugak. Have fun, have fun jugak! Ke aku sorang je yang fikir camtu?













Lastly, 
doakan kejayaan kami untuk FYP in shaa Allah!




(oh btw yg pakai baju kurung hitam dan tudung hitam tu lecturer kami tau!)








SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



FYP1 & AD4
MAD 2015/2016.


April 30, 2015

Creative Multimedia MMU (foundation)

Hi Assalammualaikum!

Since tak lama lagi akan ada intake baru and ramai jgk still nak tahu what is Foundation in Creative Multimedia kan.. so here I try my best to explain more in details (lah kot) what this course is all about yo!



What you need to prepare before nak accept the offer?
Nothing. Basically kau hanya perlu kerelaan hati dan keikhlasan utk belajar bidang ini. Tanamkan dalam hati yg kita boleh berjaya. Personally, I have no background of art. I was from science stream and basically aku tahu lah kalau nak buat lab report and mcm mana nak conduct experiment. Dengan papa kedana-nya tentang art, aku masuk. Lama2 aku mula menghargai seni dan kau boleh ajak aku pergi art muzium yang mungkin membosankan bagi setengah orang.



Nanti kena fully speaking english ke? Ramai melayu tak? Ramai cina tak? Ramai foreigner tak? 
Don't worry. Lecturer akan speaking tp kadang2 ada je guna bahasa. Depend lah kalau class ada foreigner takan nak abaikan. MMU takde lah semuanya speaking habis. Pasal races ni, depend dkt batch. Ada certain batch, ramai melayu, ada yg ramai chinese so deal with it. Again, no worries. Nanti dpt adapt punya. Foreigner selalunya tak ramai sgt yg amik FCM ada lah sorang dua tiga mcm tu. Environment MMU bagi aku okay. Aku selesa je. Aku boleh adapt and boleh terima culture dia. Nak kata social sangat, depend dkt diri kau juga. Macam mana kau bawak diri. Kalau kuat iman, in sha Allah dipermudahkan. Tapi overall tahap social sini masih terkawal sebab ada rules pakaian and student dia masih hati kental ikut peraturan hahaha.



Apa nak kena beli? Kalau tak pandai melukis? Susah tak? Belajar apa?
Camera mmg wajib kena ada. Kalau tak mcm mana nak belajar photography. Usually lecturer bagi masa sebulan utk kita persiapkan keperluaan utk photography (nanti lecturer akan bagi list apa yg perlu dibeli). Again, ditekankan ye, I have no art background so setakat lukis orang lidi, sangat lah berkebolehan. Tapi jangan risau. Kita masuk utk belajar kan so apa nak takut? Belajar melukis masa foundation. Biar lah tak reti or memang tangan tak berseni tapi percayalah, kalau kita belajar kita mesti berjaya. Bila dah belajar baru aku sedar yang aku boleh melukis sebenarnya cuma tak tahu the right technique je.





Normal view for every new sem. Freshie belajar mcm mana nak guna and function of dslr. Selalunya yg senior mula lah mengimbau jaman foundation bila nampak view ni (aku lettew)




Mula2 dulu aku and kawan aku, pernah terpilih jadi pelajar yg dpt grade "C" utk lukisan hahaha tapi lepas tu dapat lah B then A hehe. Lecturer akan ajar. So don't worry and you don't have to know anything about multimedia or whatsoever. Again, kita datang untuk belajar! Lecturer akan ajar semua. Selalu lah consult dgn mereka in sha Allah boleh dpt pointer tinggi. Sepanjang foundation, kita akan belajar english, photography, media subject and visual research and communication (vrc). Media subject tu is kau belajar what is media and terms used in media lah. Class paling tak berat dan mengantuk hahaha serious ohh.




My team for special project sempena FCM Foundation Day, lead by Fuad and I'm his assistant. We shoot a video sampai pukul 2 pagi tau but it was fun and worth it :)



Kenapa belajar english?? Dah tu takan nak hadap multimedia je. Kita kena jadi moving forward punya person so kena lah capable  nak  present dpn client nanti. English is important. Kalau nak senang je buat course sendiri. Besides, kau bukan belajar english tahap phd pun, setakat kau fasih dan boleh buat essay okay lah. Photography tu..... emm nanti korang belajar lah! Tak surprise aaa nanti kan. Paling penting kau kena CONSULT DAN TUNJUK hasil kerja dkt Che' Mat dan ON TIME DATANG CLASS kalau tak kena halau free2 je haha. Aku dan beberapa geng lain pernah bersapau dpn class sbb lewat sikit je masa nak submission then hambik kau kena marah gak lah tp petang tu rilek je submit hahaha. Dengarnya... Che' Mat skrg dah tak segarang dulu. Tak merasa lah kome penangan Che' Mat tuuuu...





Kawan-kawan time foundation pastu memasing major in lelain.
All the best!




SUSAH? Mula2 mungkin ye tp bila dah masuk degree Ya Allah betapa senangnya foundation. Nak kata senang, tak jugak. Ada part yg susah tapi from that lah kita belajar. Mana ada benda senang. Kalau kita enjoy and suka dgn apa yg kita buat, in sha Allah dipermudahkan. Bagi aku, aku suka course ni dan aku boleh je survive sampai skrg dah nak final year pun. Kalau orang lain boleh, kita mesti boleh. Masuk dulu, rasa mcm mana. Seriously, aku tak menyesal tolak tawaran lain yg lebih menjerumus ke arah science dan IT. Alhamdulillah, aku buat pilihan yang tepat. Apa2 pun, istikharah la adik2 kalau tak tahu nak pilih yg mana, okay? ;)



Lastly,
KITA DATANG UNTUK BELAJAR SO TAKE IT EASY AND BE CONFIDENT!

July 17, 2014

Foundation (FCM) MMU


Assalammualaikum!

Alhamdulillah nak dekat 10 ramadhan terakhir dah. Masyaallah cepat masa berlalu. Tanpa sedar nak raya dah. Baju raya dh siap? Aku punya tah apa cer tah. Sabar sabar!


Okay. Basically aku nak talk about MMU coz ramai jgk yg IM, email aku tanya macam2. Basically korang tahu kan apa MMU? Multimedia University. Right now MMU ada 3 branches; Cyberjaya, Melaka, Johor Bahru. 








MMU ada 3 intake; March, June, Oktober. Kalau nak rasa orientation best dan awesome, daftarlah utk June intake coz that is the major intake. Kalau Mac dorang guna result trial and if korang banyak sangat masa sampai dah tak tahu nak bazirkan dengan apa so masuk lah awal. Belajar lah puas2 isi masa lapang. Macam aku dulu, banyak benda nak bazirkan masa tunggu result hahaha. Orang masuk Oktober intake bila dorang x dpt mana2 ipta (for 2nd intake) or maybe dorang nak bazirkan masa lagi dengan benda2 lain. Who's know right? 


Aku sentuh bab Faculty of Creative Multimedia dulu okay sbb course aku. Course lain boleh refer dkt aku jgk. Those yang dah ada diploma or foundation ke boleh terus apply degree tapi yg baru habis spm tu apply foundation dulu ye dik. Foundation setahun je. One more thing, MMU tak mcm ipta n ipts lain. Dorang guna Trimester which means setahun ada 3 semester. Thats why sem break x lama, 3 minggu je. First and second sem are called sem panjang or long sem (3 months) and 3rd sem is the short-sem (sebulan setengah)







Throughout foundation, korang akan belajar banyak benda such as drawing, computer graphic, english and photography. Ada jgk subject Visual Communication and Research (VRC) and media subject. For me, foundation is the easiest thing ever. Mula2 yes rasa susah tapi lama2 okay je. Jangan risau, lecturers semua bagus2! Orang yg berpengaruh jgk dalam dunia seni. For example, Che Mat. Gambar dia keluar dkt The Star online. PM pun wish dia dkt twitter! And yes, MMU takdelah fully english okay. Lecturers kdg2 guna bahasa jgk. Nak tanya dlm bm pun sokay. Tak pandai english takpe!




Che Mat yg tengah. 




Kalau bab duit mmg aku tak jamin sangat cukup ke tak. Masa aku foundation sem 3 dulu, seminggu tu dekat RM300+ jugak aku habis only for printing. Tapi rasanya skrg kerja x banyak printing sangat. Masa batch aku dulu je "spesel" sikit asek2 print. Right now, MMU bagi priority for hostel to foundation students but after that depend korang dpt ke tak since 2 blocks hostel tengah renovate. Jangan risau, dorang asingkan muslim dgn non-muslim. Bayaran hostel pun tak mahal. RM300+ for one sem (if im not mistaken). Best thing is tenet laju! Sangat laju! Sehari boleh download lots of movies!



Kalau ada peluang, korang apply lah hostel sbb kalau duduk luar cost hidup tinggi! Sewa rumah aku sebulan je rm2500 tp bahagi 8. Still mahal jgk. So better duduk hostel. In case korang rasa mcm nak "menyusahkan mak bapak" sikit hahaha duduk lah luar. Best jgk duduk luar. Rasa bebas. Rasa "hidup student" tu. Well, to be frank kita bukan nak menyusahkan mak bapak, tapi nak rasa hidup student. Apa barang duduk hostel kan? :D



Itu je kot for now. Nanti aku sambung pasal degree pulak! Cios! Alang2 tu, layan sikit youtube nie. Muhasabah diri dengan isu Palestin. 

November 20, 2012

English Class: Poem


On a certain day in January
In a very convincing morning
Born a holy child
Made mama smiled
and papa cried
Too happy, too excited
For her presence.

She is something
Too special, too expensive
The only papa's little girl
and mama's bestfriend
Only herself
World and planet dance and sing.

The ship could shrink
The sun said goodbye
No more oxygen, no more sunlight
Showing how precious she is
As a child to her mama and papa.




A poem I was forced (sebab kalau tak buat tak boleh balik hahaha) to write during my english class. No so cool, not so great. Just nice. But! The best part is.... Miss Sharliza said it was nice and she liked it! Dia boleh rasa the feeling of the poem! Deep jugak writing aku eh? Haha terus mintak tau kertas aku sebab dia nak simpan!


May 22, 2012

MMU , Creative Multimedia


Like I promise before in my previous entry, I will tell u'olls where I further my study after this. Actually aku dah lama terima this offer n I just keep it secret. Well yeahh, I masuk IPTS. Tak masuk matrik, form 6 or IPTA. Aku masuk Multimedia University (MMU) in Foundation Of Creative Multimedia. Cawangan Cyberjaya.



Aku dalam dilema awalnya nak terima yang mana. Antara MMU, UTP or Lim Kok Wing. Usha punya usha and google, ramai ckp MMU much more better than LKW. Wallahualam.


Senaling - Kuala Pilah - Cyberjaya


So aku pun buat solat istikharah 3 malam berturut-turut and alhamdulillah Allah bagi petunjuk. Aku tak mimpi or terbayang but my heart strongly and confidently said MMU is the best! Now excited nak masuk sana gak lah. Medical check-up dah lama buat and bayaran pun. Mula2 kene byr RM1550 and RM600 for hostel. Ramai tanya berapa ribu course aku? For foundation, around 12K (rasanya).


Maybe ramai cakap boleh lah anak org kaya bla bla bla. No, no, no. In fact aku try apply MARA gak. Cuma mungkin rezeki aku kat sini kan? Mmg banyak pakai duit. Seriously. Tapi masuk belajar mana je tak pakai duit nak beli cadar, baju, alat2 serbaguna sebagainya.


Aku daftar 27 Mei which is Ahad depan lah. Aku tak kenal sesiapa nanti. Whatever. Barang dah pack separuh and almost done. Banyak jugak aku angkut haha. Dah mcm pindah rumah terus. Oh course yang aku dpt nie mmg first choice. Igt kan dulu nak apply IT as first choice tapi tah bile fikir2 balik amik Multimedia lah sebab macam rare (bagi aku lah).


Ramai tanya apa aku akan belajar nanti. Aku tak dpt nak tafsir kan. Tapi ada usha website MMU and baca buku dia (org sanun post kan) ada blaja photography sekali! Dalam buku tu mention belajar something like Digital Media, Film and Animation, Media Innovation, Interface Design and Virtual Reality. Maklumat lanjut wait for me dah masuk and start blaja then aku story lagi kat korang okay. Those yg minat this course boleh la refer aku cewah!



Btw, doakan aku kat sana sukses! Insya Allah! Amin!