March 08, 2012

Selamat Tinggal...

Assalammualaikum...



Pada 29 February 2012 bersamaan dengan 7 Rabiulakhir 1433H, tepat jam 3.10 pm perginya Hajjah Maimunah binti Ikun a.k.a my grandmom or "uwan". 



Petang tu dalam pukul 2.20 aku tengah layan drama Dream High (korean drama). Masa tu kt rumah ada Achik Romah, Along Iya, aku and arwah uwan aku. Mak pergi hantar kak ngah keje. Tetibe Along Iya pggl aku kata Achik Romah suruh tepon mak sebab uwan dah lain macam. Nafas dia laju. Tapi tak expect pape sgt sbb slalunya mmg uwan mcm tu.



Pukul 2.40 pm mak balik. Achik Romah baca Yassin. Aku pun follow skali. Dah habis tu aku call along (my brother) nak suh dia balik sbb arwah uwan asek sebut2 nama dia. Actually antara nama2 yang arwah uwan selalu sebut ialah along, kak ngah and ana (me). Mostly my name lah. Maybe sbb aku yg selalu jaga and ada je dengan dia (baru habis spm kan so duduk rumah je lah jaga uwan).


Then I called Pak Long, Pak Lang dgn Cik Yim suruh dorang datang cepat takut anything or something jadi kat uwan (you know what I mean right...) sebab masa tu hanya ada kitaorang 4 org perempuan je (exclude arwah). Dalam pukul 3 kot uwan dah lain mcm. Achik Romah baca Yassin balik. Aku pun cuak. Tapi aku dgn mak sempat ajar uwan mengucap Allah. Tepat pukul 3.10pm uwan pergi dgn sempat mengucap kalimah Allah yg terakhir.



Tapi kitaorg mcm clueless sbb kitaorg 4 org je perempuan and tak tahu apa nak buat. Terkejut and tergamam sampai tak boleh fikir apa. Yes, check nadi tapi enta lah.. tak terfikir langsung. Tepon Pak Long sebelah tapi dia takde kat rumah. Tepon Cik Jamal depan, dia dtg berlari2. Then Pak Lang sampai. Dorg check and confirm kan uwan dah takde. 



Aku nages2 call kak ngah suh dia balik. Then aku call Syiram minta tolong inform kawan2 yang lain. Call along then dia kata dia nak balik sbb kat Labuan je masa tuh. Sbb dah petang so arwah dikebumikan keesokkan hari. 



Malam tu kitaorg buat tahlil. Petang tu ada a few of my friends yang sudi datang menziarah. Antaranya Syaza, Syira, Aisyah, Kamil, Faizal dan Asyraf. Thanks doh kawan for coming. Yang tolong pasang khemah pun tq! Dan tak lupa to all yg mcg ucap takziah. Terima kasih sgt2. Sory lah aku tak reply sbb aku pun busy nak urus mcm2 and masih mood terkejut. Oh ye, imam muda pun dtg. Season 2  yang org senaling tu. Sedap dgr suara dy baca Yassin.








Pagi esok tu, dalam pukul 10 lebih mandikan arwah. Pukul 11 kafan kan. Alhamdulillah along sempat sampai dan dpt cium arwah uwan. Masa kafan mmg menyayat hati. Aku rasa aku la yg paling teruk menangis kot tp bukan menatap ok. Itu berdosa. Sapa yg tgk aku nages masa tu msti rasa nak nages jgk. Pukul 12 selamatlah kebumikan arwah uwan. Dan selama 3 hari berturut2 kenduri tahlil dibuat. Dari hari Khamis, Jumaat dan Ahad. Hari Sabtu tak dapat buat sbb org masjid ada majlis lain.


Aku yang jaga masa sakit. Aku yg slalu urutkan kaki then mesti uwan bagi upah. Aku bersyukur sbb aku dpt jaga arwah. Mak pun ada doa, kalau uwan sakit biarlah lepas dia pencen. Dua mggu lepas mak pencen, uwan meninggal. Aku pun ada doa yg aku nak jaga uwan sbb thn lepas tak dpt jaga sgt coz SPM kan.


Aku dah hidup dgn uwan 18 tahun! Dan aku kene hidup lg 18 tahun atau lebih tanpa dia. Baru seminggu tp aku dh rindu dy sgt2. Dah tak dpt nk borak2, gurau2... Dulu uwan selalu bising kalau aku dgn kak ngah gelak kuat2 kt dapur tp skrg? Rumah ni bosan sgt. Kesian my mom sbb takde peneman. Nanti kalau aku dah masuk university then kak ngah pun smbg blaja? Kesian mak...


Uwan, Ana rindu uwan... Tiap2 hari teringat uwan. Air mata tak penah tak mengalir dan masa taip ni pun masih menangis. Ana tak smpt bwk uwan naik kete yg Ana pandu, tak sempat nk bagitahu result spm and kt mana sambung belajar. Tak sempat uwan nak tgk along/kak ngah kawen or at least calon menantu cucu uwan. Nanti TukTam pun nk pindah. Ank dia nak jaga. TukTam pun dah hidup dgn Ana for 18 tahun! Ana dah biasa hidup dgn ada org tua tp skrg? Emmmm



Tahun lepas yang terakhir Ana sambut besday, raya dan puasa dengan uwan. Lepas ni no more rendang daging dan rebusan uwan.



Yes, aku cucu kesayangan arwah uwan and thats why kehilangan uwan sgt memberi impak yg besar dlm hidup aku n fest tyme kehilangan org yg rapat... dan no one more for me to call "uwan" :'(




Onyang, bestfren arwah uwan.





Tapi aku bersyukur uwan pergi senang sangat. Masa mandikan pun badan uwan lembut je. Petang uwan meninggal tu hujan turun lebat. Dan alhamdulillah senang org nak gali kubur. Tanah lembut je sbb slalunya keras. Ye lah, matahari terik pagi tu kan. Mungkin ada hikmah semua ni. Dan aku bersyukur aku sempat berada di sisi uwan di saat2 terakhir...



Uwan, bersemadilah dgn tenang :'(




Al-Fatihah buat arwah uwan....