June 10, 2016

MMU Cyberjaya (Hostel)


Hi Assalammualaikum!

I'm back! Okay now baru ada masa nak share pasal hostel MMU since ramai dah tanya maaf baru berkesempatan nak kongsi. Basically MMU ada 4 bangunan hostel yg dipanggil HB1, HB2, HB3 dan HB4. Untuk girls are HB3 & HB4 while for boys are HB1 & HB2. Fyi, hostel perempuan lebih dekat dgn faculty compared dgn hostel lelaki yang jauh jgk lah. Sekarang hostel bukan under MMU lagi means company lain yang take over and handle. Untuk payment pun korang kena bayar sendiri dkt no account yang disediakan. Hostel ada 4 tingkat and sekarang (so far tapi lepas ni tak sure) dorang dah samakan harga untuk each floor. Kalau dulu, lagi tinggi bilik lagi murah tapi sekarang no more.

Harga ikut jenis bilik. Kalau bilik berdua is RM350 and kalau bilik bertiga is RM250 include bil api, air and wifi. Tapi jangan expect wifi laju sangat lah. Zaman foundation aku dulu yes, internet laju gila. Kau boleh download 10 movies sehari tp sekarang nk download lecturer notes pun amik masa sikit. Kalau dpt bilik berdua kira rezeki lah sbb mmg hot selling skit bilik berdua since mostly senior mmg conquer (senior kan nak privasi hahaha). Dalam bilik ada katil, whiteboard, meja belajar, kipas siling and almari. Kalau bilik bertiga, satu katil sorang and satu katil double decker.


Add on sikit. Aku start degree first year terus duduk luar sbb masa tu dorang tgh renovate hostel so probability nk dpt hostel tu susah since dorang akan utamakan intake baru dan bdk jauh. And sampai lah habis degree aku duduk luar. For me, memang lagi best duduk rumah sewa sbb rasa mcm wow student gila, bebas and rasa independant tapi kena ingat jgk yg sewa rumah kat sini boleh tahan tinggi bayarannya and you need a car. Selain tu, kalau nak sewa rumah kena bayar deposit sebulan sewa + sebulan utility. First rumah sewa aku dulu was townvilla dkt Cyberia which is 2.5k per month. Masa tu kitaorg sewa berlapan selama 2 tahun. Then kitaorg pindah Pinggiran Cyber sbb aunty tu nak naikkan harga sewa jadi 3k. Rumah baru nie pun boleh tahan mahal. Rumah teres setingkat je - half furnished and the rent is 1.6k kongsi berenam. Tapi kitaorg sewa ikut bilik and aku dpt bilik sorang so mahal sikit lah. Tapi korang don't worry too much lah nanti kena keluar ke tak dpt hostel ke apa. As long as korang apply and perbaharui application hostel (every sem) and selagi korang tak check out hostel, korang mmg dapat hostel. Tak perlu nak active persatuan ke apa. Okay?


So here, I share gambar bilik bertiga since hari tu teman member pergi check in hostel so just in case parents nak tengok keadaan hostel, ada showroom disediakan. Tapi, jangan expect hostel MMU cantik gila mcm dalam filem Adik Manja The Returns (yes, dorang shoot dkt MMU Cyberjaya). For me, hostel MMU okay and selesa je. Setahun dkt sana boleh je survive. Btw, ada dobi dan cafe disediakan. Kedai photostat/print pun ado. And yes, hostel dia mcm hostel sekolah yg bilik air kt luar tapi terjaga lah sebab everyday ada cleaner bersihkan. Btw, cafe ada dkt hostel lelaki so kalau rajin boleh lah korang menapak pergi sana. Korang boleh enter hostel lelaki and lelaki boleh enter hostel perempuan tapi setakat sampai ground floor je lah. And sini takde curfew so nak balik tengah pagi pun boleh (okay pernah buat dan selalu je lebih2 lagi ada kereta sendiri kan zaman muda keluar lepak mak ayah tak tahu hahahaha ini dipanggil zaman jahiliah! kihkihkih) 


Oh btw korang sangat disarankan untuk bawa kipas sendiri sbb mmg panas. Kipas yg disediakan alahai tak terasa pun especially kalau dpt katil atas. Heater and iron boleh bawa tp be careful lah. Kalau lah in case ada buat spotcheck, redha je lah tp hari tu akk tu kata boleh je bawa asalkan tak melebihi certain walt (tak ingat berapa). 





Double decker bedroom. Dulu aku dapat katil bawah haha



Study table and rak yg kitaorg selalu guna utk simpan stok makanan





Yes, almari dia kecik so bertabahlah kalau ada banyak baju.