March 19, 2015

Umrah 2015 : Madinah Al Munawarah

Hai Assalammualaikum!


Alhamdulillah last last week, 17 Feb - 28 Feb aku sekeluarga pergi mengerjakan umrah. Syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kami pergi ikut Andalusia Travel & Tours and I suggest you all ikut lah dorang. Service superb! Maybe some of you yg ada pengalaman pahit dgn agency ni but for me... aku suka gila! Puas hati sangat! Kami naik Saudi Airline which is best sbb ada tv kecik tu so boleh layan movie hehe. Fest time babe! Flight to Jeddah amik masa lebih kurang 8 jam then naik bus menuju ke Madinah dlm 6 jam.



Aku sampai Madinah dlm pukul 1 pagi (waktu sana). Aku stay kt Mubarak Madinah Hotel. FYI Madinah & Mekah lambat 5 jam dr Malaysia. MasyaAllah org kt sana suka hon2. Bawak pun agak bahaya (some of it or maybe driver bus aku je kot haha) Naik fening aku dgr hon all the time. Btw group aku dpt mutawwih yg mmg duduk sana tp dia org Indonesia. Yg best ustaz ni tahu banyaaaak benda pasal Mekah & Madinah so sepanjang kami dgn dia, lots of lots of lots of infos we got from him. And dia bawak kami jumpa unta!



Fest time nampak Masjid Nabawi ya Allah rasa nak menagis. Subhanallah cantik sgt! Best nya org2 kt sini mostly berbahasa melayu. Maybe sbb ramai jemaah melayu (Malaysia n Indonesia) so nak org dtg beli kena lah pandai amik hati kan. Kt sana aku speaking melayu je. Nak beli brg pun sng. A little tip: nk shopping kt Madinah is way better and worth it dari Mekah sbb same thing, different price. Mekah mahal sikit. Aku igt sorg penjual ni selalu ckp, "Malaysia boleh! America no boleh!"


Antara aktiviti aku di Madinah... shopping! (hai... kt sini lah cinta aku berputik dgn ustaz Kedah hehe). Selain tu... ziarah luar ke masjid-masjid, Bukit Uhud, Ladang Kurma, Pasar Kurma, Sokaifat Bani Saedah, Masjid Ali, Masjid Saidina Abu Bakar dan Masjid Ghammah, Muzium Rasuluallah dan Asma Ul Husna.


Masa aku kt sana, Agong Malaysia pun ada. Banyak gila kereta mewah depan Hotel Oberoi Medina. Aku igt kan apa, rupanya org Malaysia gak hahaha no wonder lah aku nampak org Tabung Haji... Madinah sangat cantik. Sangat tenang. Sempat aku merasa solat Jumaat kt sini. First time ever! Tak lupaaa... makanan kt sana sedap2! Berselera sungguh aku. Benda alah yg selama ni aku tak makan, kt sana aku telan je semua...












Sokaifat Bani Saedah 
(tempat Saidina Abu Bakar di angkat menjadi Khalifah)





Menunggu giliran utk Masuk ke Raudhah 



Makam Nabi Muhammad
(only men can enter. women are not allowed)






Note: Selasa pagi gerak KLIA. Flight pukul 3. Kt sana org Andalusia tlg settlekan barang2 semua, ada taklimat dan bacaan doa. Sampai Jeddah, mutawwih group aku (bus 2) dah tunggu. Actually ada sedikit cacat cela bab pengurusan masa di lapangan terbang Jeddah. Mutawwih tah kemana, kitaorg blur nk kemana. Dia mcm kami anak tiri sikit sbb mutawwih group kami takde. Mutawwih yg ikut tu group 1 punya. But kami postive kan diri. Semua ni dugaan Allah. Kalau kita mengeluh kita tak redha and mempertikaikan dugaan Allah pula so doa sêmola dipermudahkan. Alhamdulillah lepastu smooth je process sampai lah hari terahir kami di sini. For me, standard lah ada pros & cons nya. Nothing is perfect. I tetap puas hati dgn Andalusia :)