April 30, 2015

Creative Multimedia MMU (foundation)

Hi Assalammualaikum!

Since tak lama lagi akan ada intake baru and ramai jgk still nak tahu what is Foundation in Creative Multimedia kan.. so here I try my best to explain more in details (lah kot) what this course is all about yo!



What you need to prepare before nak accept the offer?
Nothing. Basically kau hanya perlu kerelaan hati dan keikhlasan utk belajar bidang ini. Tanamkan dalam hati yg kita boleh berjaya. Personally, I have no background of art. I was from science stream and basically aku tahu lah kalau nak buat lab report and mcm mana nak conduct experiment. Dengan papa kedana-nya tentang art, aku masuk. Lama2 aku mula menghargai seni dan kau boleh ajak aku pergi art muzium yang mungkin membosankan bagi setengah orang.



Nanti kena fully speaking english ke? Ramai melayu tak? Ramai cina tak? Ramai foreigner tak? 
Don't worry. Lecturer akan speaking tp kadang2 ada je guna bahasa. Depend lah kalau class ada foreigner takan nak abaikan. MMU takde lah semuanya speaking habis. Pasal races ni, depend dkt batch. Ada certain batch, ramai melayu, ada yg ramai chinese so deal with it. Again, no worries. Nanti dpt adapt punya. Foreigner selalunya tak ramai sgt yg amik FCM ada lah sorang dua tiga mcm tu. Environment MMU bagi aku okay. Aku selesa je. Aku boleh adapt and boleh terima culture dia. Nak kata social sangat, depend dkt diri kau juga. Macam mana kau bawak diri. Kalau kuat iman, in sha Allah dipermudahkan. Tapi overall tahap social sini masih terkawal sebab ada rules pakaian and student dia masih hati kental ikut peraturan hahaha.



Apa nak kena beli? Kalau tak pandai melukis? Susah tak? Belajar apa?
Camera mmg wajib kena ada. Kalau tak mcm mana nak belajar photography. Usually lecturer bagi masa sebulan utk kita persiapkan keperluaan utk photography (nanti lecturer akan bagi list apa yg perlu dibeli). Again, ditekankan ye, I have no art background so setakat lukis orang lidi, sangat lah berkebolehan. Tapi jangan risau. Kita masuk utk belajar kan so apa nak takut? Belajar melukis masa foundation. Biar lah tak reti or memang tangan tak berseni tapi percayalah, kalau kita belajar kita mesti berjaya. Bila dah belajar baru aku sedar yang aku boleh melukis sebenarnya cuma tak tahu the right technique je.





Normal view for every new sem. Freshie belajar mcm mana nak guna and function of dslr. Selalunya yg senior mula lah mengimbau jaman foundation bila nampak view ni (aku lettew)




Mula2 dulu aku and kawan aku, pernah terpilih jadi pelajar yg dpt grade "C" utk lukisan hahaha tapi lepas tu dapat lah B then A hehe. Lecturer akan ajar. So don't worry and you don't have to know anything about multimedia or whatsoever. Again, kita datang untuk belajar! Lecturer akan ajar semua. Selalu lah consult dgn mereka in sha Allah boleh dpt pointer tinggi. Sepanjang foundation, kita akan belajar english, photography, media subject and visual research and communication (vrc). Media subject tu is kau belajar what is media and terms used in media lah. Class paling tak berat dan mengantuk hahaha serious ohh.




My team for special project sempena FCM Foundation Day, lead by Fuad and I'm his assistant. We shoot a video sampai pukul 2 pagi tau but it was fun and worth it :)



Kenapa belajar english?? Dah tu takan nak hadap multimedia je. Kita kena jadi moving forward punya person so kena lah capable  nak  present dpn client nanti. English is important. Kalau nak senang je buat course sendiri. Besides, kau bukan belajar english tahap phd pun, setakat kau fasih dan boleh buat essay okay lah. Photography tu..... emm nanti korang belajar lah! Tak surprise aaa nanti kan. Paling penting kau kena CONSULT DAN TUNJUK hasil kerja dkt Che' Mat dan ON TIME DATANG CLASS kalau tak kena halau free2 je haha. Aku dan beberapa geng lain pernah bersapau dpn class sbb lewat sikit je masa nak submission then hambik kau kena marah gak lah tp petang tu rilek je submit hahaha. Dengarnya... Che' Mat skrg dah tak segarang dulu. Tak merasa lah kome penangan Che' Mat tuuuu...





Kawan-kawan time foundation pastu memasing major in lelain.
All the best!




SUSAH? Mula2 mungkin ye tp bila dah masuk degree Ya Allah betapa senangnya foundation. Nak kata senang, tak jugak. Ada part yg susah tapi from that lah kita belajar. Mana ada benda senang. Kalau kita enjoy and suka dgn apa yg kita buat, in sha Allah dipermudahkan. Bagi aku, aku suka course ni dan aku boleh je survive sampai skrg dah nak final year pun. Kalau orang lain boleh, kita mesti boleh. Masuk dulu, rasa mcm mana. Seriously, aku tak menyesal tolak tawaran lain yg lebih menjerumus ke arah science dan IT. Alhamdulillah, aku buat pilihan yang tepat. Apa2 pun, istikharah la adik2 kalau tak tahu nak pilih yg mana, okay? ;)



Lastly,
KITA DATANG UNTUK BELAJAR SO TAKE IT EASY AND BE CONFIDENT!

7 comments:

Anonymous said...

macam mana etika pemakaian students foundation masa kat kelas?

Ana Farhana said...

@anonymous

etika pemakaian utk semua student sama je. Asalkan menutup aurat. I mean no slipper, no short, no boxer, no and etc. Kalau dress tak boleh pendek sangat and tak terlalu ketat (tp ada je yg pakai depend lah kalau kena saman, then kena lah. Mostly foreigner and chinese) As long as casual then okay je.

Isha Azis said...

Salam kak, sy ada hantar email, harap akak reply ye :))

Unknown said...

Hai. Perempuan muslim boleh pakai blouse(long sleeve) dan jeans semasa dalam kampus?

Anonymous said...

Hai. Perempuan muslim boleh pakai blouse(long sleeve) dan jeans semasa dalam campus?

Ana Farhana said...

@hazeline boleh awak. yg tak boleh mcm short pants, slipper or any other dress up yg tak formal/semi-formal. kalau ada yg pakai tu pun nasib2 je lepas sbb kdg2 ada guard check especially kalau nak masuk library.

makhluk tuhan said...

nak tnye kalau pkai t shirt and jeans ke kuliah bole ke? 😣