April 01, 2015

Umrah 2015: Mekah Al Mukaramah (Part 1)

Hi Assalammualaikum!


Okay. Basically, Andalusia akan guide kita untuk 3x umrah. Kalau nak buat lebih, boleh buat sendiri. And kalau nak buat tawaf sunat, buat lah sendiri. 

Jumaat tu, after solat Zuhur, kami gerak ke Mekah tapi sebelum tu kami buat Ziarah Wida'. Mutawwif kami bawak kami ke bahagian belakang Raudhah (dalam bus nampak dari jauh je) so dalam hati niat ucap selamat tinggal pada Rasuluallah. Ustaz Winarno (mutawwih) ckp sebagai tanda hormat dan sopan. Kita dah dtg tempat org so mesti lah kita ucapkan selamat tinggal. Takan nak blah mcm tu je. Apakah rupanya tengah borak dgn tetamu tetiba dia bangun serta-merta dan terus menghidupkan enjin kereta dan terus keluar dari perkarangan rumah dan kenapa panjang sangat nih! Haa nampak pelik dan buang tebiat kan? Lebih kurang lah untuk diaplikasikan dalam situasi ziarah wida' ni (aku rasa mcm xyah bagi contoh pun engkau orang dah faham kan haha) Then kami terus gerak ke Bir Ali untuk amik miqat. Kami semua dah siap berpakaian umrah dari hotel lagi. 









Perjalanan ke Mekah amik masa 8 jam. So memang sopan habis masing2 duduk. Gaya tidur pun ayu sedap mata memandang  je. Ye lah, takut kena bayar dam (masing2 dh niat umrah kan..) Pihak Andalusia baik hati. Depa belanja kami, jemaah semua makan nasi arab dkt R&R _____ (aku lupa nama dia apa) Tapi mmg tu satu je tempat rehat yg ada disepanjang jalan aha! Alhamdulillah kami sampai Mekah dalam pukul 11pm. Check in hotel then mutawwih bagi masa sejam untuk bersiap mengerjakan umrah pertama. 11.30pm kami pun menuju ke Masjidil Haram. Subhanallah ramai sangat org (for sure.. sapa kata New York bandar tak mati? Depa tak tengok Mekah lagi). And first time dalam hidup aku nampak Kaabah depan mata... that feeling yg kau rasa sebak sgt. Honestly, aku takut kalau aku tak nampak Kaabah tu. Dengar cerita pengalaman org.. ada yg nampak tak nampak. Aku pun bukannya alim mana. Byk dosa jgk tp alhamdulillah... Allah bagi aku nampak ;')







Satu kali umrah amik masa lebih kurang 3 jam. Kalau nak cerita lebih terperinci memang panjaaaang so aku cerita basic je lah. First umrah tu aku abis dalam pukul 2.30 am. And the most important thing, selipar aku tertinggal dkt tempat Saie! Umrah first nie Ustaz bawak tempat tawaf tingkat bawah and tempat Saie original (tempat Saie ada 3 tngkt as well as tempat tawaf tapi Ustaz Winarno ckp bila dah siap renovate nanti tempat tawaf tgkt 2 and 3 akan diruntuhkan). Back to story, aku dah separuh jalan nk keluar masjid baru aku teringat selipar aku color merah hitam dalam uncang color merah maroon tertinggal! Memang balik aku kaki ayam tapi aku pakai stokin tawaf... otw balik ke hotel tu terus g beli selipar baru! Dan aku beli selipar yg seakan sama tapi color biru kuning. Duta Andalusia sangat aku! Hati bahagia kan dengan Ustaz Kedah ahaha!




Masa'a (tempat saie) original



Tempat Saie (Masa'a) tingkat 2 



Umrah kali kedua dibuat pada hari Isnin (Andalusia akan bagi gap sehari untuk jemaah rehat). Lokasi mengambil miqat (or niat umrah) kali ini ialah di Masjid Ja'ranaah. Kali ni Ustaz bawak kami pergi tawaf di tingkat dua since kami buat umrah after Zuhur so panas kan... ustaz bawak tempat redup sikit. Lagipun lepas Zuhur mmg ramai org tawaf kalau dkt tempat bawah sekali. Tempat Saie pun ustaz bawak kami ke tingkat 2.







Last but not least, umrah ke tiga. Kali ni tempt miqat ialah di Tan'eim, mikat yang paling dekat dengan Mekah. Juga dikenali sebagai Miqat Aishah kerana beliau pernah bermiqat di sini. This time kitaorg buat umrah waktu sebelum Zuhur masuk. So kami tawaf di tingkat bawah dan saie original. The best thing is Ustaz baca doa nikah masa saie haha! Kami hanya meng-amin-kan je sedangkan tak faham. Lepas tu bila ustaz cakap baru lah memasing "oooooooo" berharakat-harakat panjangnya! Hehe.








No comments: